Friday, December 31, 2010

no tittle..






sudah menjadi lumrah setiap insan.
lelaki dan perempuan mahukan pasangan..
begitu juga aku..
namun aku tetap kecewa..
dalam islam juga mengariskan syarat memilih pasangan..
malangnya pada masa kini sukar untuk di temui..
mungkin juga kerana kekurangan diri kita sendiri..
akhirnya aku pasrah dengan ketentuan ilahi..
ini takdir yang harus aku terima..
sendiri..

pada si dia mengaku "single" walaupun tiada kata putus antara kita..
tidak kah kau tahu kata - kata mu itu cukup mengecewakan aku..
hingga kini tidak ku cari lagi penganti bagiku...
kerna aku tahu adanya cinta hanyalah untuk menyakitkan aku..



mengapa masih ada istilah macam 2 dalam hidup ini..

Sunday, December 26, 2010

renungan

carilah iman dalam ati kecilmu..
carilah islam dalam ilmu mu..
carilah sahabat dalam agamamu

Islam i2 terlalu luas untuk menjadi miliku...
Tapi tidak pernah sempit untuk menjadi milik kita semua..

dugaan aku..


dilema hidup aku terus berpanjangan..
padaMu Ya ALLAH kuatkan semangatku..

aku seorang yang gagal dalam percintaan..
dalam pelajaran aku juga bukan yang terbaik tapi Alhamdulilah..
aku sudah berjaya membanggakan keluargaku..
cukuplah untuk keluargaku..
saat konvo menjelang aku masih dalam bayangan..
sukar untuk aku luahkan..
aku memang nk p konvo tp masalah kewangan terus menghimpit keluargaku..
apa yang boleh aku buat untuk membantu keluarga..

niat hati memanglah nk p konvo dengan wit sendiri
malangnye ak xberdaya..
nk cari kerja yang sesuai ngan kelulusan tak jugak dapat..

adik aku nk masuk sekolah dah..
aku hnya mampu beli sepasang kasut sekolah je untuk dye..
baju pulak pakai yang tahun lepas je..
sedey aku dengan luahan mak..
tapi aku tak dapat banyak membantu..

teringin aku nk buat lesen senang ckit aku nk cari kerja..
senang ckit majikan nk amik aku kerja..
kerna aku tahu tu adalah salah satu syarat untuk dapat kerja..
tapi bape kos 2 sume..

tgok2 kawan2 sume sambung blaja aku pown nk sambung blaja jgak..
tapi bape kos sume tu..
tak terhitung sume dalam mase 6 bulan akan datang..
akan aku tempuh..

ape yang aku ingin buat semuanya bergantung pada diri aku..
tidak untuk family aku..
aku perlu cari wit sendiri untuk sambung blaja,lesen dan segalanye mendatang..

Tuesday, August 10, 2010

erti kau sahabat sejatiku......

sunyi sepi kisah aku..
apa yang aku perlu hanya kesabaran..
dan terus bersabar..
sabar dunia banyak dugaan..
sabar dan bayangkan dunia sementara sebelum bertemu dengan Allah untuk selamaNya..

Mungkin kelukaan itu lebih indah dari kegembiraan…
Sukar untuk mengingati kegembiraan tapi satu kejahatan sering bermain dalam bayangan mata..
Susah untuk lupakan kejahatan tapi kegembiraan boleh dicari..
Mungkin kerana kesilapan yang satu lebih mudah diingati daripada beribu – ribu kegembiraan yang kita alami selama ini..

Monday, August 9, 2010

untuk renungan bersama..

1) Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

2) Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

3) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

4) Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

5) Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Saturday, August 7, 2010

aku dan dia..


aku dan dia..
kami ditakdirkan berkawan..
kau sahabat kau teman..

mungkin kau pada mulanya tiada di hatiku..
aku tahu..
aku bukan pilihan hatimu..
tapi sedaya upaya akan aku jadikan kamu pilihan pertama hatiku..

tak ku damba cinta seagung ustaz..
sekadar mencari yang mempunyai pegangan..
biar tak sedap mata memandang..
bia miskin harta..
biarla ape orang kate..
asal aku bahagia..
aku dan dia..

aku dan dia..
benihkan cintaku pada yang mencintai mu Yaallah..
temukan aku jodoh yang diredhai mu..
menjadikan Allah yang utama dalam segala hal..
agar kuat imanku padamu yaallah..
sampaikan salam rindu pada ...........
agar menjadi kerinduannya..
Amin....

Thursday, August 5, 2010

erti persahabatan..



3 hari 2 malam..
ape yang aku pelajari..
sepanjang di kem lenggong ialah..
kiter perlu mudah mesra dengan orang..
xkira macam mana dia jangan menilai seseorang dari luaran..
kenali hati budi..
pada pandangan luar orang yang menutup aurat tidak semestinya baik dan sempurna..
dari situ aku mula tahu..
yang nampak agak sosial bukannya berhati busukk..
dari sini sume manusia sama sajer..

ak suke suasana mcam ni..
bebas dari buku..bebas dari beban kerja..
walaupown aktiviti agak memenatkan tapi kenangan kt sni mmg best..
yuran kem RM150 tidak aku ase menrugikan apabila ak dapat kemaafan dan memohon kemaafan dari kawan2..
bukan senang untuk memohon maaf dan mendapat kemaafan dari kawan2 sampai menangis kan..
mmg kita akan perolehi pada hari raye tapi x sama..
kiter mintak maaf tapi x dari hati pada hari raye..
mungkin kita lakukan sebagai lumrah..
"hari raye orang mintak maf kita pown mintak maf jugak"..
akhirnya mcm 2..kita masih melakukan kesilapan y sama..

aku risau mungkinkah persahabatan y ak jalinkan di sini..
hanya berakhir di sini..
sahabat ak tidak mahu jadi seperti itu..

kau sahabat kau teman dunia akhirat..