Monday, July 4, 2011

edisi copy n paste..


- Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

-Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

-Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

-Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

-Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

-Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

-Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

-Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

-Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

-Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

-Lelaki juga akan menangis.

-Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

-Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

-Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

-Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

-Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

-Lelaki amat sayang ibu mereka.

-Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

-Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

-Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

-Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

-Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

-Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

-Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

-Lelaki lebih banyak berfikir.

-Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

-Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

-Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

-Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

-Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

-Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

-Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

-Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

-Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

-Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

-Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

-Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

No comments: