Tuesday, July 5, 2011

kata - kata untuk renungan ( edisi copy n paste )

setelah penat berjalan2 di internet terselit kata2 yang mencuri hati aku..lalu aku mengopy dan mengepaste ke dalam ni...


Janganlah berbicara tentang sesuatu yang tidak kamu ketahui dan janganlah berbicara tentang seluruh yang kamu ketahui.


Berbicaralah agar kamu dikenal, sesungguhnya seseorang itu tersembunyi di belakang lidahnya.


Mungkin ucapan yang tepat adalah lebih baik daripada cambuk.


Mati lebih baik daripada hidup terhina dan hidup serba kekurangan lebih baik daripada menjadi pengemis.


Letakkanlah keangkuhanmu, campakkan kesombonganmu dan ingatlah kuburmu.


Mendekati manusia sesuai dengan akhlak mereka, pasti kamu aman dari gangguan mereka.


Alangkah indahnya kerendahan hati orang kaya terhadap fakir miskin.


Barangsiapa menentang hak (kebenaran), dia pasti akan dikalahkan.

Jangan terlalu bersandar kepada kesihatan dan kekayaan, kerana dalam sekejap sahaja ia boleh berubah menjadi penyakit dan kemiskinan.

Barangsiapa mengeluhkan keperluannya kepada seorang mukmin, ibarat ia mengeluh kepada Allah, dan barangsiapa mengeluhkannya kepada seorang kafir, maka sama sahaja seperti mengadukan Allah.

Hari raya ialah hanya bagi orang yang diterima Allah puasanya dan disyukuri solat malamnya. Setiap hari di mana di dalamnya tidak berbuat maksiat kepada Allah, maka itulah hari raya.

Ujilah kawanmu sebelum kamu mencintai atau membencinya.

Jika kamu nmenyukai sifat seseorang, maka tunggu dahulu hingga terungkap sifat-sifatnya yang lain.

Manusia jangan angkuh dan sombong, kerana mereka bermula dari titisan air mani yang kotor dan menjijikkan, kemudian menjadi manusia yang selalu membawa sisa di perutnya dan pada akhirnya akan menjadi bangkai.

Ghibah (mengumpat) adalah senjata orang yang tidak mampu melawan musuhnya dan sebagai pembalasan terhadapnya.

Jika kamu takut sesat maka jalan itu janganlah kamu lalui.

Bukanlah kebaikan kalau ia dicapai dengan kejahatan.

Yang sedikit dari Allah lebih mulia dan terhormat daripada yang banyak dari manusia.

Seorang lebih mengetahui rahsia dirinya sendiri daripada orang lain.

Janganlah menjadikan musuh kawanmu sebagai kawan, kerana itu bererti memusuhi kawanmu.

Menahan perasaan (marah) pahit tetapi akibatnya manis.

Bersikap lunaklah terhadap orang yang bersikap keras terhadapmu, kelak dia pasti akan bersikap lunak kepadamu.

Jika orang berprasangka baik terhadap anda, maka jagalah prasangkanya itu.

Janganlah kegigihanmu terhadap kejahatan lebih kuat daripada kegigihanmu mengamalkan kebaikan.

Rezeki ada dua jenis, iaitu; yang kamu berupaya mencarinya dan yang datang sendiri mencarimu.

No comments: